Rahsia perniagaan cara masyarakat dan budaya Cina...
Orang Cina Malaysia sejak sekian lama sudah
mendominasi ekonomi Malaysia, tetapi semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru, dominasi mereka dalam ekonomi menyusut. Sungguhpun demikian,
mereka masih membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di
Malaysia.
Sebelum itu, siapa orang Cina ini?? saya pun kacukan Melayu Cina
Arab..
Cerita sikit tentang diri sendiri pula.. Walid (ayah) saya adalah Melayu
Arab kacukan Cina, kerana nenek saya seorang Cina.. jadi saya juga membawa
darah keturunan Cina.. Manakala Ummi (ibu) saya sememangnya berketurunan Arab.
Malah saudara mara saya berbangsa Cina pun masih ramai.. sepupu, ibu & bapa
saudara, nenek dan datuk sebelah ayah yang berbangsa Cina.. bangga punyai
keluarga besar.. :D
Nak tahu, di Malaysia ada 14 Suku kaum cina sebenarnya.. pada
pandangan mata kasar, nampak macam semua cina sama je kan.. hehehe.. sedangkan
Melayu pun pelbagai, Melayu Jawa, Banjar, Bugis.. dan banyak lagi... okeh mari kita kenal dulu masyarakat cina Malaysia ni...
JOM KENAL MASYARAKAT CINA MALAYSIA :
Cerita kisah sejarah la sikit.. intro…
Sejarah
Asal Cina ~ gelombang pertama :
Orang Cina gelombang pertama datang pada abad
kelima belas semasa Puteri Hang Li Poh dikahwinkan dengan Sultan Melaka,
rombongan Puteri Hang Li Poh membawa bersama golongan bangsawan, pengikut-pengikut,
dan hamba dari negara China. Kebanyakan daripada mereka berketurunan Fujian. Rombongan tersebut membawa masuk orang Cina yang kemudiannya
berkahwin dengan penduduk tempatan membentuk masyarakat Peranakan. Makam mereka boleh didapati di Bukit
Cina kini. Lelaki berketurunan Peranakan
digelar Baba dan Nyonya bagi perempuan.
Gelombang Kedua pula :
Inilah yang ramai-ramai di Malaysia sekarang
...
Pada abad ke 19 dan ke 20, orang Cina berhijrah
secara beramai-ramai ke Malaya. Mereka dari selatan China terutamanya dari
daerah Fujian, Guangdong, Guangxi ,dan Hainan. Mereka membentuk penempatan di
Negeri Perak dan Selangor terutamanya di lombong-lombong bijih timah untuk
bekerja sebagai buruh lombong dengan sokongan British. Selain itu ,mereka juga
menetap di Negeri-Negeri Selat. Kebanyakan orang Cina dapat dijumpai di pantai
Barat Malaysia.
SUKU ETNIK DAN BAHASA YANG CINA MALAYSIA GUNAKAN:
Etnik cina Malaysia, ada 14 semuanya iaitu Hokkien, Kantonis / Kungfu, ,Hakka, Teochew,
Hailam, Hokchiew, Foo Chow, Hang Hua, Hunan, Kwang Sau, Shahou, Shengtong,
Fiu Chew, Choan & Keng Sau
Etnik
Cina di Malaysia juga amalkan beberapa suku dialek bahasa.Terdapat
enam kumpulan dialek/bahasa utama: Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew,Hainan dan Fuzhou.
· Orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur
(Sabah dan Sarawak),
bahagian-bahagian di Johor terutamanya Kulai, Selangor-Kuala Lumpur dan Pahang. Suku Hakka
juga didapati di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Perak, di mana mereka
mungkin dijadikan suku dialek terbesar di tempat-tempat tersebut.
· Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negri Sembilan dan Perak di
mana golongan ini membentuk peratusan besar dalam populasi.
· Suku Hokkien membentuk suku dialek terbesar di Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor terutamanya
di Klang dan
kawasan pantai Selangor serta Johor barat. Bahasa Hokkien juga
ditutur di ibu negeri Sarawak, iaitu Kuching.
Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang,
kebanyakan pulau-pulau di Sabah dan Johor selatan,
terutamanya Johor Bahru dan Pontian.
·
Maka, secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang
Cina Malaysia yang selari dengan tiga pusat metropolitan. Kumpulan Pulau Pinang dan Melaka kebanyakannya
bertutur dalam bahasa Hokkien.
· Kumpulan Cina di Kuala Lumpur, Seremban dan Ipoh kebanyakannya berbahasa Kantonis dan Hakka.
· Di selatan semenanjung Malaysia, terutamanya Johor, bahasa Mandarin paling
banyak ditutur oleh masyarakat Cina di sana. Ini telah menyebabkan ramai orang,
terutama generasi muda, untuk menyisihkan penggunaan dialek-dialek Cina yang
lain seperti Teochew dan Kantonis.
· Di Malaysia Timur pula, bahasa Hakka and
Mandarin laris ditutur, kecuali Sibu yang
cenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakan dengan
bahasa Kantonis.
Sumber di atas saya petik segar semasa sesi saya
bersama Haji Ann Wang Seng & tambahan sedikit lagi saya kaji daripada
artikel keluaran Wikipedia.
Seronok dapat kenal dengan lebih dekat.. selama
ini kita hanya tahu semua cina tu hampir sama…
Nak tahu dalam banyak-banyak etnik Cina, Suku
Hailam adalah suku yang paling lemah lembut .. sebab itu ramai Cina Hailam memeluk
agama Islam… best kan, penerimaan cara hidup Islam bersesuaian dengan sifat
lemah lembut mereka agaknya… :D
Suku yang mempunyai perwatakan sedikit garang
dan kasar pula adalah suku Fiu Chew… garang bagaimana, saya kurang pasti.. tapi
kalau nak tahu kena cuba .. ada berani??.. J
PEGANGAN MAJORITI PERNIAGAAN CINA MALAYSIA
Biasa dengar tak, kebanyakkan perniagaan di monopoli orang cina?? Biasa
dah kan… ya memang pun..
Monopoli perniagaan ini dipegang sebenarnya mengikut suku etnik..
kalau dalam sesama etnik pun dah monopoli, etnic lain memang tak da peluang nak
pecah monopoli tersebut, jadi sangat tidak hairan kalau sesama cina pun tak
boleh masuk.. inikan pula Melayu nak cuba masuk…
pikir pikir.. macam mana nak pecahkan monopoli mereka ni???
Peniagaan cina boleh bertahan lama sebab mereka punya monopoli
yang kuat.. unsur inilah yang mengikat kerjasama sesama mereka. Monopoli sangat
baik sebenarnya yea… sebab ia menjadi perlindungan :D so perniagaan kita tak
boleh terjejas.. cuba lihat dari sudut positif tau..
Baiklah saya bongkar rahsia pertama .. jeng jeng jeng… ada 18 rahsia semuanya.. tapi kali ini kita bongkar rahsia 1 sahaja dulu...
BONGKAR
RAHSIA 1 : KERJASAMA
ü Bisnes tidak boleh dilaksanakan seorang diri. Ia
memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak sama ada rakan kongsi, pekerja,
pelanggan, pembekal, pelabur, peminjam dan sebagainya.
ü Untuk membentuk kerjasama, setiap peniaga perlu
menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak-pihak berkenaan.
ü Kerjasama hanya dapat dijalinkan dengan ada
kepercayaan. Untuk mendapatkan kepercayaan, seseorang peniaga perlu bersikap
jujur, amanah, ikhlas dan berpegang kepada nilai moral serta etika. (dalam budaya cina, mereka mengamalkan konsep Xin Yong dan Quan Xin… )
ü Kerjasama memerlukan setiap pihak saling bantu
membantu di antara satu sama lain. Untuk berbuat demikian, peniaga perlu
mengambil berat tentang keperluan orang ramai. Mereka tidak boleh bersikap
mementingkan diri sendiri.
ü Peniaga perlu mengetahui dan mengambil berat hal
ehwal yang berlaku dalam persekitaran, masyarakat serta perkembangan semasa.
ü Kerjasama dapat dibentuk melalui penyertaan
dalam pelbagai persatuan perniagaan, koperasi, pertubuhan, kelab dan organisasi
tertentu.
ü Perkara utama dalam kerjasama ialah perkongsian.
Setiap peniaga perlu berkongsi apa yang mereka miliki dan perolehi dengan orang
lain sama ada ilmu, pengalaman, kemahiran, keuntungan dan peluang.
ü Apa yang dikatakan sebagai kerjasama ialah sama
ada kita kerja sama-sama atau sama-sama kerja. Terpulang kepada kita untuk
menafsir dan melaksanakannya.
Berbalik kepada KONSEP XIN
YONG & QUAN XIN..
KONSEP
XIN YONG :
Apa itu yea ?? hehehe.. itulah konsep kepercayaan (Yakin dan
amanah).. Maaf ye, saya nak banding
sedikit bisnes orang Melayu dan Cina…
·
Orang
Melayu:
Gajikan
pekerja.. tauke datang kedai sekali sekali, atau mungkin selalu lambat.. terlalu
mudah percaya kepada pekerja.. apa sahaja semua pekerja buatkan… tauke banyak
goyang kaki.. (saya bukan mengata sesiapa) tapi itulah hakikatnya… saya buatkan
contoh sahaja.. mohon maaf kalau terasa ye.. ramai juga Orang Melayu yang tak
macam ini.. (saya petik kata-kata Haji Ann Wang Seng)
·
Orang
Cina :
Tauke awal-awal
dah buka kedai, tauke juga yang jaga kedai seharian.. pekerja adalah anak-anak
atau saudara mara.. (mereka pentingkan hubungan kekeluargaan) sebab itu mereka
boleh bertahan.. sentiasa letakkan diri mereka tidak selamat, kurang percaya
kepada pekerja luar.
Tip :
Peniaga cina, biasanya memberi kredit (bayar kemudian) kepada
peniaga sesama mereka.. itulah sebabnya mereka dapat bertahan.. tapi kepercayaan
yang diberi jangan sesekali rosakkan.. kalau dah berjanji untuk membayar
semula, pastikan anda bayar semula hutang tepat waktu..
Psst Rahsia Orang cina, jika anda berjaya wujudkan kepercayaan
yang kuat dengan mereka.. mereka percaya anda, mereka akan anggap anda
sebahagian keluarga.. sangat mudah untuk anda berurusan kelak dalam apa jua
bidang niaga anda..
Tapi jika sekali anda rosakkan kepercayaan mereka.. jangan harap
lain kali anda akan menerima kemudahan daripada mereka (contohnya kemudahan
kredit atau diskaun) sebagaimana peniaga cina lain berikan sesama mereka.
KONSEP
QUAN XIN :
Konsep ini adalah konsep ambil berat / caring. Peniaga cina memang amalkan..
Orang Melayu, memang punya sifat ambil berat, tambah-tambah semasa kenduri
kendara, memang sangat jelas nampaknya.. Cuma konsep ambil berat ni tidak
banyak dipraktikkan dalam perniagaan.. kita perlu wujudkan kemesraan dengan
lain-lain peniaga.. jangan ada sifat hasad dengki.. selalulah mendoakan sahabat
niaga kita.. kalau ada masalah tolong menolong sangat penting…
Kalau yang ada masalah kewangan tu, pakat-pakat bantu hidupkan rakan niaga kita.. bukan tolong jatuhkan dia pula.. yang berniaga benda hampir sama tu, janganlah bertelagah pula...
ini, orang jual makan, kawan sebelah pun jual makan.. kalau lain-lain itu oklah.. ini orang tu jual laksa, tengok-tengok orang sebelah sana pun jual laksa... esok-esok sederet jual laksa.. haih... macam mana ni??? 'u kill the market & yourself, you know!'
pikir-pikir sendiri la... cuba pergi food court cina tengok, kawan sebelah jual mee, semua jual mee, tapi jenis mee lain-lain.. susah nak tengok jual mee yang sama...
MONOPOLI PERNIAGAAN
MENGIKUT ETNIK CINA MALAYSIA
Suka saya nak kongsikan lagi jenis ethnic dan jenis perniagaan
mereka.. so next time, anda akan lebih mudah kenal dengan siapa anda
berurusan..
# Etnik Hokkien adalah pemegang monopoli dalam perniagaan peruncitan…
kalau lau tepi jalan, yang buka kedai runcit, borong semua tu terdiri daripada
suku Hokkien… Hokkien ramai di Pulau Pinang, Klang, Johor.. Bandar-bandar besar
:D
# Kantonis pula memonopoli
dalam kerja-kerja pembinaan.. tauke besar ni.. :D .. mereka ramai di kawasan
Ipoh dan Kuala Lumpur
Etnik Hakka atau Kheik memonopoli dalam bidang textile,
kedai-kedai kain dan pakaian..
# Teochew pula ramai dalam bidang perikanan, sebab mereka ramai di
kawasan Pulau (Pulau Ketam, Rompin, Mersing).. juga mereka ramai dalam bidang barang-barang
rencam ‘hardware’..
# Etnik Hailam ramai dan monopoli perniagaan makanan dan kopitiam..
sebab itu agaknya nama makanan pun ada nasi goreng hailam.. oi semua, mana ada
boleh tiba-tiba ada nama hailam?? Mee hailam? Nasi Hailam.. walhalnya, orang
hailam pun tak da mee segala bagai.. kekeke… sama macam kes mee bandung, mee
jawa ni. Pergi Bandung tak pun mee bandung.. kekeke Malaysia ni memang unik
laa..
# Sambung semula, ethnic Hok Chiew
ramai yang bertani.. monopoli bidang pertanian daripada suku ini lah yea… nanti
sesiapa yang kenal mana-mana tauke, cuba tanya apa suku dia.. tengok betul tak
info saya ni??
# Etnik
Foo Chow, memonopoli dalam bidang perbalakan… baiklah yang selebihnya, nanti
saya masukkan dari semasa ke semasa, sebabnya saya nak pastikan jelas dulu info
yang saya terima sebelum post ke blog.. nanti tersalah, orang marah pula pada
saya :p
Baiklah.. setakat ini sahaja posting saya minggu ini.. ada lagi 17 rahsia yang akan saya bongkarkan satu persatu... tunggu.. yang tadi baru satu je rahsia.. :D heheheh... maaflah ye, kalau ada yang terasa hati..
Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat dan berguna untuk semua, silalah 'like' atau 'share' entry ini dengan semua yea.
Silalah 'add' saya sebagai 'friend' di FB anda, saya sangat alu-alukan :D.. berkawan biar berjuta-juta :P
Sila-silah 'like' page terbaharu saya - BONDA SIHAT di www.facebook.com/bondamiza
Dapatkan juga Ebook percuma yang sarat dengan tip-tip perniagaan dan motivasi “Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja”. (saya harap dapat baca :D) boleh d/load dari link ni 'Sorry Boss!! saya terpaksa berhenti kerja..."
Mudah-mudahan ia mampu untuk memberi motivasi kepada kita semua agar lebih berjaya dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat. amin
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:
FREE CONSULTATION, AFFORDABLE PRICE
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
No comments