KISAH SI BURUNG PIPIT
Once upon a time.. it was a long time ago.. kisah masa dulu, masa burung boleh bercakap... kisah dongeng je..
Ada seekor burung, tinggal dalam sarang tinggi nuu jauh di atas pokok..
Pada suatu hari, burung tu bangun pagi. nak terbang mencari makan...merata ia terbang, ke sana k emari mencari cacing tapi tak jumpa.. dari atas jauh, ia ternampak, ada seorang sedang memancing di tepi anak sungai.... jadi si burung pipit ni pun, terbang turun, lalu berhenti hinggap ditepi batu hampir dengar pemancing tadi..
Si burung pipit tu bermonolog "owhhh patutlah aku cari cacing tak jumpa, rupanya cacing ni ada dalam bekas ni.". (sebekas cacing umpan,)..
si burung tadi pun beranikan diri, dekati pemancing tadi
Burung tu berkata
" Tuan, tuan, banyaknya cacing, boleh tak beri pada saya seekor??'
si pemancing tadi :
'boleh, tapi kena trade in... boleh beri bulu pelepah??"
si burung pipit
' boleh, no hal lah' lalu burung tadi cabut bulu pelepahnya...
jadi dapatlah ia cacing seekor...lalu ia pun makan dan kenyang, terus terbang pulang...
esoknya perkara yang sama juga dia buat.. ia masih trade in bulu pelepah... perkara yang sama berulang, hingga beberapa hari, si kawan-kawan (burung-burung lain) singgah di sarang burung pipit tadi, bertanyakan khabar..
"hai pipit, lama tak nampak, kau tak keluar cari makan ke??
si pipit menjawab, 'kau orang pergi lah... aku keluar nanti...aku dah kenyang..'
esoknya.. hujan turun dengan lebatnya.. si pipit tadi dah merasa sangat lapar.. oleh kerana ia dah menghafal laluan ke pemancing tadi, jadi ia pun terbanglah keluar dari sarang.. sepenuh perasaan dia kepakkan sayap.. tapi akhirnya tak juga naik ke atas..
Masa itu baru si burung pipit ini sedar, yang bulu pelepahnya dah tak cukup untuk buat ia terbang.... akhirnya kerana sejuk dan lapar, si pipit ini mati dalam sarangnya....
cerita panjang.. moralnya:
Kita punya kekuatan fizikal, akal fikiran..
Si pipit tadi, dia tak gunakan kekuatan sayapnya untuk terbang mencari selain cacing, walhal dalam dunia ni rezeki banyak, merata-rata... gandum, jagung,,, kenapa cari cacing sahaja... belalang pun banyak...
samalah macam kita, kalau satu cara tak boleh, gunakan cara lain pula...
Usaha, gunakan semua peluang yang ada..yang pastinya tiada jalan mudah..
semua orang dianugerahkan Allah dengan kelebihan & keistimewaan..
cuba gunakan ia sebaik mungkin.. korek dalam diri, cari apa kelebihan anda??
semua orang punya peluang dan ruang yang sama...tonjolkan kekuatan anda..
jangan jadi seperti pipit, akhirnya mati merana..
pandang masa hadapan, bayangkan sesuatu yang lebih dari biasa 10 tahun lagi...
be extraordinary..
PERCAYA SEBELUM BERJAYA
Love : Bonda Miza
PERCUMA saya hadiahkan Ebook yang sarat dengan tip-tip perniagaan dan motivasi “Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja” Buku mengenai rahsia seorang engineer yang dalam tempoh 9 bulan sahaja mampu buat sales RM1JUTA… . Sila download dari link ini 'Sorry Boss!! saya terpaksa berhenti kerja..."
No comments