Sebelum mengetahui apakah fungsi hati manusia, anda harus tahu bahawa organ ini terletak pada bahagian kanan atas rongga perut (otot diafragma) dengan berat sekitar 1.5 kg.
Hati adalah salah satu organ penting tubuh yang bertanggungjawab untuk beratus-ratus tindak balas kimia yang diperlukan bagi kelangsungan hidup.
Ia juga merupakan kelenjar kerana merembeskan bahan kimia yang digunakan oleh bahagian tubuh lain.
Hati turut menjadi organ dalaman terbesar dalam tubuh. Disebabkan itu sangat penting untuk mengetahui cara penjagaan hati agar organ ini kekal sihat.
Fungsi Penting HATI
- Menghasilkan air hempedu yang diperlukan bagi penghadaman makanan berlemak.
- Menyimpan glukosa atau gula berlebihan dalam badan dalam bentuk glikogen dalam sel hati, dan glikogen ini boleh ditukarkan semula kepada glukosa apabila badan memerlukan tenaga.
- Menghasilkan faktor pembekuan darah.
- Menghasilkan asid amino (struktur asas protein).
- Memproses dan menyimpan zat besi (ferum) yang diperlukan bagi menghasilkan sel darah merah.
- Menghasilkan kolesterol dan bahan kimia lain yang diperlukan untuk pengangkutan lemak.
- Menukarkan hasil buangan daripada proses metabolisma badan menjadi urea.
- Menukarkan ubat-ubatan yang diambil kepada bahan aktifnya semasa di dalam badan.
Petanda awal yang menunjukkan kemungkinan hati anda sudah mula rosak.:-
Bertukar Kekuningan
Kulit dan mata putih anda akan bertukar menjadi kekuningan apabila hati anda mula tidak berfungsi dengan baik. Ini adalah disebabkan oleh pembentukan bahan kekuningan di dalam darah yang di panggil bilirubin.
Simptom kekuningan ini dipanggil jaundis (penyakit kuning), dimana ianya berlaku apabila kecederaan hati menghalangnya dari memproses bilirubin. Hepatitis, kanser, mengambil minuman keras terlalu banyak, dan terdedah kepada bahan toksic merupakan antara penyebabnya.
2. Sisa Buangan Badan
Jaundis juga akan mengubah warna sisa bungan badan anda. Air kencing menjadi gelap, manakala warna najis menjadi warna kepucatan.
3. Gatal
Kulit yang gatal merupakan salah satu simptom dimana hati sudah mula rosak. Selain daripada itu kegagalan buah pinggang, masalah tiroid dan kanser juga dilaporkan berpunca dari masalah hati.
4. Lebam
Mudah untuk lebam dan luka juga dilaporkan salah satu petanda hati sudah mula rosak. Ini adalah kerana hati sudah mula lambat untuk menghasilkan protein yang berfungsi untuk membekukan darah.
5. Bengkak
Apabila hati sudah mula tidak dapat bekerja dengan baik, manusia akan mula menyimpan air di dalam abdomen dan kaki, dimana ianya akan menyebabkan pembengkakan.
Punca sebenar hati rosak
1.Hati rosak disebabkan ubat-ubatan
Hati-hati, ubat tahan sakit seperti paracetamol dan juga ubat kolesterol boleh merosakkan hati jika diambil secara keterlaluan. Ikut arahan doktor dan makan ubat mengikut jadual.
Selain itu, pastikan anda baca arahan terlebih dahulu sebelum makan sebarang ubat-ubatan yang anda beli secara over-the-counter.
Hati boleh rosak jika kita sering mengambil ubat tertentu dengan cara yang berlebihan atau tidak betul.
Elakkan amalan mencampurkan ubat atau mengambilnya dengan alkohol. Lebih selamat jika anda boleh berbincang dengan doktor sebelum mengambil apa-apa jenis ubat-ubatan.
2.Terlalu banyak mengambil minuman beralkohol
Pengambilan terlalu banyak minuman beralkohol merupakan salah satu punca utama hati rosak. Jika anda mempunyai masalah hati, doktor mungkin akan mencadangkan agar anda mengurangkan pengambilan minuman beralkohol atau terus berhenti.
Gula-gula juga adalah salah satu dalang sebenar penyakit hati.
Jika anda obes atau mempunyai berat badan berlebihan, anda berisiko untuk menghidap penyakit hati berlemak bukan alkohol (non-alcoholic fatty liver disease – NAFLD), sejenis penyakit yang mempunyai bilangan pesakit yang kian meningkat setiap hati.
Penurunan berat badan merupakan kunci utama untuk mengurangkan lemak yang terkumpul pada kawasan hati.
4.Berat badan berlebihan menyebabkan hati rosak
Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan berisiko untuk menghidap NAFLD dan mengalami bengkak pada kawasan hati. Lama-kelamaan, kawasan yang terluka ini akan mengalami sirosis hati.
Apabila sirosis hati menjadi semakin teruk, lebih banyak tisu parut akan terbentuk pada kawasan hati. Perkara ini akan membataskan fungsi hati dan boleh membawa maut.
5. Banyak mengambil lemak trans
Lemak trans merupakan sejenis lemak buatan manusia yang terdapat di dalam makanan segera. Diet yang tinggi lemak trans bukan sahaja menyebabkan berat badan anda bertambah, ia juga akan meningkatkan risiko sirosis hati.
Jika anda sayangkan hati anda, elakkan pengambilan lemak trans yang berleluasa. Pantau berat badan masing-masing dan elakkan mengambil makanan segera dengan terlalu kerap.
Kesimpulannya,
Pemeriksaan fizikal adalah amat penting sekurang-kurangnya setahun sekali. Dalam masa yang sama, lakukan ujian saringan untuk kolesterol, tekanan darah tinggi dan juga diabetes untuk memantau kesihatan tubuh badan.
- *PERCUMA KEAHLIAN Shaklee bernilai RM35.00* (bagi belian 100UV ke atas)
- *PENJIMATAN pada harga ahli
- *PERCUMA PENGHANTARAN KURIER ke seluruh Malaysia (bagi belian RM300 ke atas)
- *EXTRA BONUS TUNAI 5 - 21% (dibayar terus ke akaun anda pada bulan berikutnya oleh Shaklee Sdn Bhd) - bagi belian 150UV ke atas berdasarkan tangga bonus belian anda pada bulan yang sama.
- *PENJIMATAN SEHINGGA 15-20% dari nilai wang anda
* Produk-produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni adalah maklumbalas pengguna dan setiap orang mempunyai kesan & pengalaman yang berbeza.
No comments