.fixed-whatsapp { position: fixed; bottom: 20px; right: 20px; width: 50px; height: 50px; z-index: 9999; }

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut
Kami membantu anda dan keluarga menjadi lebih sihat, awet muda dan bertenaga dengan produk kesihatan Terbaik, selamat, berkesan dan halal dari Shaklee. Kami adalah Leader Shaklee Terbaik di Malaysia. Anda Ingin dapatkan suplemen Shaklee atau Menjana Pendapatan melalui Shaklee? Hubungi bondamiza (salmiza) segera di talian 012-5852034 untuk bimbingan bisnes dan tempahan suplemen anda.

TIPS UNTUK PASTIKAN RUMAH ANDA DALAM KEADAAN BERSIH DAN TERATUR

Share:



Tidak kira sama ada bujang, berkahwin atau tinggal bersama keluarga, kebersihan tempat tinggal adalah amat penting.


Persekitaran yang bersih, sihat dan tenteram membantu penghuninya lebih bertenaga dan segar. Setelah seharian penat bekerja balik ke rumah untuk beristirehat. Rumah yang bersih dan kemas membolehkan penghuninya merehatkan minda dan meredakan tekanan. Mempunyai rehat yang cukup dapat membantu menghadapi hari esok.

Tips kemas rumah bersepah

1. Mengemas Bilik Tidur Anda




Selepas bangun tidur anda hendaklah mengemas tempat tidur anda terlebih dahulu dengan merapikan cadar, melipat selimut atau menyusun bantal.

Lakukan segera setiap kali bangkit tidur. Mendidik anak-anak lebih awal untuk melipat selimut, menyusun bantal, menarik cadar sehingga tegang atau rapi di atas tilam dan mengemas atas katil mereka setiap kali bangun tidur amat membantu, lama kelamaan mereka akan terbiasa dan perkara tersebut akan dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.

 

2. Sidai tuala dan kumpul pakaian kotor




Salah satu sebab mengapa rumah kelihatan bersepah adalah tuala, pakaian dan seangkatan denganya.

Kebanyakan orang selapas mandi akan meletakkan tuala mereka merata- rata. Hal ini termasuklah pakaian kotor. Jika dibiarkan, halaman rumah anda akan berbau hapak dan juga kurang enak. 

Oleh itu, anda perlu menyediakan tempat atau bakul yang khas untuk pakaian kotor. Lebih elok jika bakul tersebut diletakkan berdekatan mesin basuh anda. Ia akan memudahkan anda untuk membasuh pakaian dikemudiannya. Untuk Tuala yang basah, pastikan anda sidai tuala tersebut di tempat yang terdedah kepada matahari untuk menghilangkan bau hapak.

3. Menyuci serta Mengemas Bilik Air




Kepentingan Tandas Bersih

Memastikan tandas yang bersih serta selesa digunakan mampu menggelakkan kita daripada jangkitan kuman dan bakteria.Selain itu,kebersihan melambangkan keperibadian diri kita.

 Antara perkara yang perlu dilakukan untuk memastikan tandas anda bersih

 

  • Memastikan membasuh bersih permukaan lantai tempat mandi daripada sebarang kesan sabun.
  • Membersih tumpahan ubat gigi atau buihnya dari permukaan sink atau kawasan sekitarnya.
  • Meletakkan balik setiap barang yang digunakan pada tempatnya seperti berus gigi, ubat gigi dan sabun.
  • Paling penting, menarik flush selepas menggunakan tandas.
  • Pastikan setiap ahli dalam rumah memaikan pernana dalam memastikan kebersihan bilik air
  • Membuat jadual membersihkan bilik air. Lebih kerap lebih bagus
  • Andai terlihat kesan kotoran pada permukaan dinding, terus ambil berus dan sental.

 

Perkara diatas boleh dilakukan semasa anda mandi atau mengunakan bilik air, ia hanya mengambil masa dalam 10 ke 15 minit untuk anda mengemas satu bilik air.

4. Mengemas  Dapur Serta Ruang Makan Anda

 


  • Bersihkan Selalu Dapur Memasak

 

Jadikan satu amalan membersihkan ruang memasak selepas memasak. Ini penting bagi mengelakkan jangkitan bakteria dan kulat di bahagian tersebut. Lagipun, jika kekotoran dibiarkan lama, ia akan menjadi sukar untuk dibersihkan kerana telah keras.

  • Pastikan Ruang Dapur Kering Dan Bercahaya

Dapur yang lembap dan basah sememangnya menjadi salah satu punca perkembangan bakteria. Jadi, anda boleh cuba menggunakan alas lantai dan meja yang bersesuaian.

Susun barang kering dan basah di ruangan yang berbeza dan mengikut kategori. Ini bukan saja memudahkan proses pencarian barang tetapi juga mewujudkan elemen kekemasan.

  • Mengemas Ruang Kabinet Dapur

Aktiviti menggoreng dan memasak boleh menyebabkan minyak terpecik ke bahagian dinding, lantai, pintu kabinet dan sebagainya. Jadi, anda juga perlu pastikan ruangan ini disapu dan dilap sentiasa.

 

  • Membersihkan Meja Makan

Memastikan meja makan sentiasa bersih serta kerusi tersusun dengan sempurna selepas makan akan membantu mendispilinkan anak-anak anda. Perkara seperti menyapu mengemop lantai boleh dilakukan secara bergilir.

 

5. Memastikan Pinggan Mangkuk Bersih & Tersusun




Pastikan sink bebas daripada pinggan kotor setiap hari sebelum tidur. tetapkan giliran membasuh pinggan di kalangan ahli keluarga.

Oleh itu anda perlu:-

  • Bahagikan mengikut set
  • Susun atur di dalam almari yang berkaca
  • Susun atur di rak yang terbuka
  • Simpan pinggan yang tidak di gunakan di kabinet yang tertutup
  • Cawan di gantung dengan meletakkan rod besi yang dilengkapi penyangkut untuk menggantung cawan / susun cawan yg tak ada telinga dengan kemas

Rasanya ini antara yang paling penting. Pinggan bersepah, automatik rumah akan nampak bersepah. Pastikan tips kemas rumah bersepah ini.

 

6. Membersihkan Ruang tamu Supaya Kekal Bersih



 

Ruang tamu hendaklah sentiasa dijaga kebersihannya, jika tidak, sudah tentu kita akan malu apabila kawan-kawan berkunjung atau orang lain duduk berbual dengan kita.

Menjaga kebersihan rumah anda, atau membersihkannya secepat mungkin selepas digunakan, adalah cara terbaik untuk memastikan rumah anda sentiasa bersedia.

Untuk memastikan ruang tamu anda sentiasa kemas, berikut ialah beberapa cara untuk membersihkan dan menyusun ruang tamu anda.


  • Kumpul barang-barang yang bertaburan di atas lantai

Ambil kotak di dapur dan gunakan kotak itu untuk menyimpan barang-barang yang berselerak di atas lantai seperti majalah, buku, mainan kanak-kanak, dll.

 

  • Gunakan plastik untuk mengutip sampah

 

Jika boleh, anda juga boleh membawa beg plastik yang boleh anda gunakan untuk membersihkan sebarang sampah yang sesat, sama ada kertas atau tuala kertas atau benda lain.

 

  • Buang perabot yang membuatkan ruang tamu kelihatan penuh

 

Untuk memastikan rumah kelihatan lebih kemas, terutamanya jika ruang tamu terlalu kecil, anda boleh membuang perabot yang menyebabkan ruang tamu kelihatan sempit dan tersumbat.

 

  • Bersihkan habuk dari sofa

 

Jika sofa adalah kulit, anda hanya boleh menggunakan kain kering. Walau bagaimanapun, jika terdapat kotoran, anda boleh menggunakan kain lembap atau menggunakan pembersih kulit khas untuk hasil terbaik. Ingatlah untuk tidak menggunakan kain lap pada sofa kulit kerana ia boleh menyebabkan kerosakan.

 

  • Susun surat khabar dan majalah di bawah meja

 

Untuk menyelesaikannya, anda hanya memerlukan kira-kira 30 saat.

 

  • Bersihkan permaidani

 

Untuk membersihkan permaidani, anda boleh menggunakan pembersih vakum. Tetapi bagi orang yang mempunyai haiwan peliharaan di rumah, lap lantai dengan sarung tangan getah lembap supaya bulu akan melekat dan memudahkan pembersihan.

 

  •  Sapu lantai.

 

Jika masih ada masa lapang, tidak rugi untuk terus mengemop dan mengemas, dan rumah akan terasa lebih segar dan bebas habuk.

 


Akhir kata,

Rumah mewakili wajah penghuninya. Bersih dan kemas di dalam sesebuah rumah mencerminkan peribadi dan sikap pemilik rumah itu. Begitu juga jika keadaan sebaliknya.

 

Bagi orang Islam, rumah yang bersih dan kemas mudah menjemput rezeki kerana menjaga kebersihan dituntut di dalam Islam dan sebahagian dari iman. Penghuninya dapat beribadat dalam keadaan yang tenang. Tetamu juga akan berasa selesa apabila bertandang.

 

Oleh itu sebagai tuan rumah, kita hendaklah memastikan rumah kita sentiasa dalam keadaan bersih kerana 'Rumahku Syurgaku'.

 Ingin dapatkan suplemen kesihatan Shaklee untuk seisi keluarga?

Ingin menjana pendapatan tambahan? 
Ingin tahu lebih lanjut lagi mengenai suplemen Shaklee ni, boleh terus contact bonda ye seperti nombor di bawah


Bonda Miza
Your Trusted Shaklee Leader
SID : 963856

Ingin Lebih Jimat ? 
dengan pembelian melalui BondaMiza, anda akan layak .... mendapat
  • *PERCUMA KEAHLIAN Shaklee bernilai RM35.00* (bagi belian 100UV ke atas)
  • *PENJIMATAN pada harga ahli
  • *PERCUMA PENGHANTARAN KURIER ke seluruh Malaysia (bagi belian RM300 ke atas)
  • *EXTRA BONUS TUNAI 5 - 21% (dibayar terus ke akaun anda pada bulan berikutnya oleh Shaklee Sdn Bhd) - bagi belian 150UV ke atas berdasarkan tangga bonus belian anda pada bulan yang sama.
  • *PENJIMATAN SEHINGGA 15-20% dari nilai wang anda


#BondaMiza MagNificent & MFMS The Most Happening SHAKLEE Team In Malaysia

Sharifah Salmiza & Mohd Nazril
"Founder Of BondaMiza Millionaire In Shaklee"
012 585 2034 
www.bondamiza.com 

 * Produk-produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni adalah maklumbalas pengguna dan setiap orang mempunyai kesan & pengalaman yang berbeza.

No comments