Ramai yang ingin menceburi bidang perniagaan secara atas talian (online)
Sekarang ni dah ramai yang mula mencabangkan skill pemasaran masing-masing melalui Blog, FB, tweeter dan instagram... saya sendiri pun gunakan medium yang sama untuk bisnes saya sekarang.
Okeh hari ni kita belajar lima petua mudah untuk berniaga online. Untuk Offline pun perlu ada bahan yang sama, cuma kaedah mungkin sedikit berbeza. Sebagaimana petua lain, ini yang saya akan kongsikan.
1. Pemilihan nama perniagaan sangat-sangat memainkan peranan yang penting
- Pilihlah nama yang ringkas (tetapi jangan tiru orang ) (JANGAN PULA LETAK NAMA SYOK SENDIRI)
- Ejaan mesti mudah (jangan letak nama yg mengelirukan ejaan. yang ada 2-3 abjad seperti supperrise, nak eja pun susah.. heheh
- Menangkap kalbu, sekali baca atau dengar terus boleh ingat
- Biasanya kita boleh pilih antara 2 patah perkataan (contoh bondamiza), adijuma
2. Butiran perniagaan :
- Nama perniagaan
- Mesti jelas lokasi
- Waktu operasi (berniaga online pun bukanlah bermakna berniaga 24jam. Anda boleh maklumkan waktu untuk respond mesej. Takkan mesej jam 3 pagi nak reply serta merta kan?
- Pegawai berhubung (wajib ada, pelanggan nak contact siapa?)
- Nomber telefon , email (number phone sangat-sangat wajib)
- Laman web (pilihan, jika ada page pun memadai) tetapi kalau ada laman web atau blog, ia adalah bonus besar buat anda. Sebab anda membuka peluang bisnes lebih besar dan capaian carian di google lebih mudah mencari menggunakan nama laman anda.
Wajib jelas produk
yang ditawarkan, janganlah segala barang nak jual sampai tiada fokus. Pelanggan
pun akan keliru sebenarnya, barang apa yang dia nak cari. Jika jualan barang
sealiran, tidak mengapa.(contoh jualan produk berkaitan bayi - pakaian, penjagaan
diri, botol susu)
Jangan hilang fokus, dan
menjadikan kedai kita seperti supermarket, jual vitamin, pewangi, pakaian,
ubat, semua sekali sekali harung. pening nanti.
Bagi newbie tolong fokus. Buat
betul-betul satu barang sealiran, dah maju nanti boleh pikir tambah cawangan
ok.
4. Gambar produk / perkhidmatan :
- WAJIB ADA gambar produk dan ia sama sekali memainkan peranan penting.
- Gambar aktiviti jualan seperti membungkus order, mengepos order, urusan maklumkan kepada pelanggan. Jadikan ia aktif dan kerap dikemaskini.
Gambar mestilah terang, jelas, nampak ciri-ciri produk dan menarik. Jangan letak hiasan berlebihan, fokuskan barang, aktiviti dan manfaat.
Contoh saya menjual suplemen Shaklee, maka gambar suplemen yang saya selalu masukkan. Saya boleh 'highlight' produk bersama kebaikan produk. Contoh macam di bawah ini ya
Gambar ini menunjukkan produk yang dijual adalah ESP, dan ada bersamanya adalah kebaikan produk tersebut dan kepada siapa produk itu ditawarkan. Jelas kan? |
ini gambar saya dalam sesi sharing bisnes |
Masukkan
gambar-gambar promo bisnes anda bersama orang ramai, mungkin bengkel yang anda anjur atau ceramah
yang diberi jika anda menyediakan perkhidmatan.
Pelanggan suka untuk
melihat aktiviti perniagaan anda. dan dah tentu mereka nak lihat
siapakah tuan kedai kan? Pelanggan sekarang dah pandai, dan sangat
berhati-hati.
Anda pun tentulah tak nak mereka rasa seperti berurusan
dengan seseorang yang tidak wujud. Alam maya tidak menampakkan emosi.
jadi banyakkan gambar aktiviti yea
Testimoni memang wajib ada. KENAPA WAJIB ADA? herm..Testimoni akan menjadikan seseorang penjual itu berkaliber, kerana :
- Ia menunjukkan produk yang kita jual memberi manfaat kepada orang yang menggunakannya.
- Ia menunjukkan produk kita berkualiti, jika pakaian (ia cantik dipakai, kain yang selesa)
- Menunjukkan servis mesra kita dengan para pelanggan (melalui panduan pemakanan, khidmat semasa & selepas jualan) semuanya ditunjukkan dalam testimoni.
Testimoni ini merupakan bukti yang perniagaan kita wujud, memberi manfaat dan menyakinkan bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada untuk membeli dan terus berurusan dengan kita secara berulang.
Bayangkan di kedai maya kita hanya ada gambar produk, langsung tiada gambar-gambar aktiviti jual beli termasuklah testimoni, agak-agak ada ke orang nak cari kita? teringin ke diaorang nak berurusan dengan kita? jadi jangan malas nak update aktiviti bisnes anda.
Ini TIP EXTRA : kita wajib 'follow-up' pelanggan. Apabila ada maklumbalas, snap gambar itu, dan pamerkan dalam kedai maya / laman web kita. Boleh buat macam ini :
Semua butiran di atas sangat penting untuk membuktikan perniagaan anda wujud dan memberi keyakinan kepada pelanggan untuk berurusan dengan anda.
Baiklah, setakat ini sahaja info mudah berniaga istimewa buat newbie. Yang dah otai-otai tu, boleh teruskan dengan strategi terbaharu dan sedia ada. Jangan jumud plak, nanti jadi seperti NOKIA, ketinggalan zaman.
Saya doakan semoga perniagaan kalian tak kira apa jual bidangnya akan maju dan terus berkembang.. insyaAllah.. amin
Saya doakan semoga perniagaan kalian tak kira apa jual bidangnya akan maju dan terus berkembang.. insyaAllah.. amin
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. 'Feel free to share this articel'
Moga bermanfaat.
'Be simply healthy'
Master To be Bonda Miza
Master To be Bonda Miza
terbaik entri ni.. tq sudi share dengan kami
ReplyDelete