Assalamulaikum semua.. saya doakan semua pembaca blog Bonda sihat dan diredhai Allah hendaknya ..
semalam saya ada terbaca satu buku, buku ni dah lama saya beli, cuma belum habis membacanya sahaja. Tajuk kewangan, tapi yang bestnya ada pula penulisnya berikan tip masak cepat tapi sedap.. hehehe
Takkan saya nak terer sorang-sorang je kan.. heheh.. jadi hari ni nak kongsi lah tip yang sempoi, boleh dicuba oleh ibu-ibu yang bekerja tetapi suka memasak untuk keluarga. Tip ini bukan untuk ibu sahaja, malah untuk semua orang termasuklah orang bujang trang tang tang.. :p
TIP UTAMA : PERALATAN MEMASAK
Peralatan yang perlu ada : slow cooker atau crock pot.
Ini Slow Cooker
Peralatan yang perlu ada : slow cooker atau crock pot.
Ini Slow Cooker
Masak sup atau tomyam sewaktu hendak masuk tidur.
Caranya mudah sahaja, masukkan semua bahan dalam slow cooker atau crock pot, insyallah dah masuk waktu pagi nanti, semuanya dah masak.. best kan? boleh bawa pergi opis :D
TIP 2 : MASAK CEPAT TAPI SEDAP
Masak kari, orang utara panggil gulai. Haa kalau nak masak gulai atau kurma, masak banyak, selepas sejuk sikit, asingkan beberapa bekas berasingan dan bekukan.. jadi dapatlah kita makan pada lain hari.. Jimat masa kan? cuma perlu masak nasi je dan mungkin goreng telur dadar lain kali.. nyum nyum :D
TIP 3 : MASAK CEPAT TAPI SEDAP
TIP 3 : MASAK CEPAT TAPI SEDAP
kalau rajin, cuba buat serunding. Serunding apapun boleh, ikan ke daging ke ayam ke.. tahan lama.. nanti jika kesuntukan masa, boleh gantikan serunding sebagai lauk.. kan sedap gitu..
Dalam peti ais bonda ada sebekas serunding.. apabila nak makan sahaja, panaskan.. paling best makan dengan roti.. Ya Allah dah terliur I.. kalau dah dekat nak raya, lagi best, nanti boleh makan dengan ketupat sekali.. wahh syoknyaaa
Dalam peti ais bonda ada sebekas serunding.. apabila nak makan sahaja, panaskan.. paling best makan dengan roti.. Ya Allah dah terliur I.. kalau dah dekat nak raya, lagi best, nanti boleh makan dengan ketupat sekali.. wahh syoknyaaa
TIP 4 : MASAK CEPAT TAPI SEDAP
Sekali sekala, masaklah ayam panggang pada waktu malam.. jika hari cuti, buat lah extra ayam panggang tu.. kalau ada lebih hantar sikit pada bonda ya. hahahah...
bukan apa minta masak lebih tu, kalau dah lebih simpan peti sejuk, esok anak-anak balik sekolah, dia hanya perlu panaskan dalam ketuhar mikro sahaja. tapi jangan lupa masak nasi siap-siap.. kalau tak nanti habis sebekas ayam diaorang santap.. :D nak sedap lagi, cuba panggang kentang bersama.. tapi simpan berasingan..
TIP 5 : MASAK CEPAT TAPI SEDAP
Waktu cuti, kadang kala, kita sibuk nak mengemas rumah, mencuci segala bagai.. dah haritu je ada nak buat semua perkara kan.. apa kata sesekali kalau dah sibuk teramat tu, cuba masak je bubur lambuk atau mi segera ..
hei mi segera ni bukan mi 2 minit beli kat pasaraya tu ye.. no no no.. ini mee betul-betul punya yea.. sekali taruk je semua masuk periuk masak.. kenyang je..
sedap pun sedap..
RESEPI BONUS MASAK CEPAT TAPI SEDAP..
Resepi mee / bihun segera khas resepi ibu mertuaku.. boleh cuba.. :D saya selalu masakkan untuk keluarga.. bukan sahaja cepat malah sangat sedap dan paling penting berkhasiat.
Bahan-bahannya :
- Mi basah sebungkus (bilas buang minyaknya) / boleh digantikan dengan bihun
- Bawang putih - 4 ulas diketuk / lumat sahaja
- Isi ayam / daging dihiris (dalam semangkuk agak-agak)
- Fish cake / fish ball (jika nak)
- Sayur sawi / kobis (hirislah ikut gaya tersendiri)
- 2 sudu serbuk lada hitam , jika tiada serbuk lada, lada biji pun boleh, tapi ketuk sikit supaya aromanya keluar
- Telur 2 biji (yang ini terpulang, tak nak pun boleh)
- Garam secukup rasa
- air 4 gelas
hasilnya lebih kurang beginilah.. |
Tumis bawang putih sampai wangi.
kemudian masukkan ayam / daging.. goreng sikit,
kemudian masukkan air, biar mendidih, masukkan serbuk lada, garam, bihun / mee. biarkan sampai hampir masak barulah masukkan fish ball dan sayur..
Jangan lupa rasa.. kalau nak masukkan telur, pecahkan apabila air dah mendidih..
Garam tu masukkan secukup rasa. Boleh juga masukkan sedikit sos tiram, jika nak lebih rasa lemaknya..
Selepas tu angkat dan terus boleh dimakan.. kalau nak pedas, hiris cili padi bersama kicap.
Salam Sayang..
Bonda Miza
No comments