.fixed-whatsapp { position: fixed; bottom: 20px; right: 20px; width: 50px; height: 50px; z-index: 9999; }

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut

VIVIX SHAKLEE, ANTIOKSIDA,AWET MUDA DAN PEMULIHAN SEL SIHAT, klik sini untuk info lanjut
Kami membantu anda dan keluarga menjadi lebih sihat. Kami adalah Leader Shaklee Terbaik di Malaysia. Anda Ingin dapatkan suplemen Shaklee atau Menjana Pendapatan melalui Shaklee? Hubungi bondamiza segera di talian 012-5852034 untuk bimbingan bisnes dan tempahan suplemen anda.

MOBILE SPA TWB : KEJAYAAN 5 WANITA PEROLEH PENDAPATAN LUMAYAN MELALUI MOBILE SPA

Share:

Salam sayang buat semua pembaca blog bonda. Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai wanita ceburkan diri dalam perniagaan servis spa especially mobile spa ni. So hari ni bonda nak kongsikan kejayaan 5 wanita, ahli-ahli TWB Mobile Spa yang dah berjaya menjana pendapatan antara 4 ke 5 angka sebulan. wow! hebatkan mereka? 



alkisahnya begini... 

jemputlah scroll di bawah untuk kisah panjang kejayaan mereka bersama TWB Mobile Spa.

KISAH  WANITA BERJAYA 1 : 

CIK NURUL SHAKIRAH, 27 TAHUN


"Dulu perit bekerja, kini dengan bisnes mobile spa, kini mudah sahaja beliau dapatkan RM5K sebulan "


Kisah Wanita Pertama : Cik Nurul Shakirah, 27 Tahun , panggilan mesra Kirah.

Kirah Nak sihatkan mak yg sakit lutut skrg ni, InshaAllah bulan 5 ni nak operate, nak umrahkan ayah yang dah lama teringin nak umrah. For now, kekuatan kirah memang mak ayah & adik. Kirah nak belikan adik apa je yg dia nak.

Mak ayah & adik kirah yg oku tu. kirah buat semua ni utk depa. Nak ada lebih byk masa utk depa especially adik (since ada beradik lain kerja)

kirah story sikit la ya . Saya ada sorang adik lelaki yang OKU. Dia tak boleh jalan sejak dari kecil. Tahun ni umur dia dah 24 tahun.

Sebelum ni kirah kerja, masa tu adik pun kecik lagi, mak pun kuat lagi. Tapi as time goes by, adik pun makin besar, badan dia naik mendadak (asbab makan ubat utk saraf), mak pun makin tua, sakit lutut etc.


So saya rasa saya kena do something. Yang boleh ringankan beban mak nak uruskan adik & kerja rumah.

Tapi dalam masa yang sama boleh gain income jugak. Masa tu kirah memang dah start join twb masa  kerja , tapi buat secara part time je la. Long story short, kirah ambik keputusan untuk berhenti kerja & fokus 100% buat spa & shaklee. Memang tawakkal ja masa tu.

Alhamdulillah, apa yang kirah tak dapat buat masa kirah kerja, kirah dapat buat lepas kirah buat keputusan utk fokus spa twb 100%.

Dari segi income & masa. Dulu kerja kerani nak dapat sebulan 2k pun jenuh buat ot hari2, pergi kerja pagi balik malam, sekarang nak dapat 5k sebulan pun kacang ja, spend masa 2-3 jam je, paling lama 5 jam, masa lebih banyak dengan family.

KISAH  WANITA BERJAYA 2 : 

PUAN SHAMIRA MOHAMMAD NASIR, 25 TAHUN



"Diuji suami diberhentikan kerja, kini dengan bisnes mobile spa, Puan Shamira mudah menjana RM3000.00 sebulan "


Nama saya Shamira Binti Mohammad Nasir berumur 25 tahun berasal dari Kedah. Saya sudah berkahwin.

Sebelum join TWB saya adalah suri rumah sepenuh masa. Sebab suami tak izinkan saya bekerja. 

Pernah buat pelbagai pekerjaan dan pekerjaan terakhir saya adalah operator pengeluaran di sebuah kilang bertempat di Hitech Kulim, Kedah.

Saya join training TWB pada 25 Mac 2018. Ketika saya buat keputusan nak join TWB saya tak ada modal dalam simpanan walaupun Rm100. Sedih sangat bila ingat balik 😭😭

Dalam keadaan tak ada modal saat itulah saya betul-betul berserah & bergantung sepenuhnya pada Allah dan yakin 100% Allah akan bantu saya. Setiap hari saya positifkan diri dengan ayat "Antara tanda Allah nak beri sesuatu pada hambanya adalah dengan gerakkan bibir kita untuk meminta"

Dan.. 

Bayangkan lagi 5 hari nak training dalam tangan saya masih kosong macam-macam saya fikir! Tapi..!  Tapi kan.. 

Allah tu baik sangat! Dalam keadaan saya serabut Allah hantar seseorang untuk bantu saya, dia bukan sesiapa jauh sekali keluarga & adik beradik tak ada pertalian darah lansung! 

Dari Kedah ke Bangi sorang-sorang tau.. Rasa jauh jer perjalanan layan feeling padahal 4 jam je pun naik ets 😝

Perjalanan saya tak berhenti disini. Setiap orang Allah beri ujian lain-lain. Kita terus kepada tajuk kemuncak kita malam ini, iaitu

"TWB Penyelamat Kewangan Keluarga"

Kenapa penyelamat?  TWB ni bomba ke? Mesti korang tertanya-tanya kan? Hehe..

Nak dijadikan cerita seminggu lepas berpuasa pada tahun lepas suami saya berhenti kerja, atas sebab yang dia sendiri tak boleh tahan. 

Walaupun gaji suami merupakan pendapatan utama keluarga kami tapi  Alhamdulillah tanpa gaji utama tersebut kami masih survive sehingga ke hari ini..

Macam mana kami survive? 

Tak susah pun.. Bila kita ada ilmu & skills. Percayalah senang gila nak buat duit dengan TWB. Tahu tak masa saya diuji tu. Saya masih baru dalam bidang spa. Tapi Alhamdulillah saya boleh survive sebab tu saya cakap, SENANG GILER BUAT DUIT DENGAN MOBILE SPA! 

Walau rasa susah tapi banyak lagi hikmah yang Allah beri disebalik ujian ini, antaranya nikmat kebebasan masa.

Pesanan saya, Bertangguh dan takut. Dua ciri yang akan menjerumuskan kita kepada penyesalan yang tak sudah. 

Hidup dalam penangguhan ibarat menunggu kucing bertanduk. 

Masa terbuang dan tiada pencapaian yang kita dapat. Statik!

Terlalu banyak berfikir akibat dari tindakan kita. Akan bantutkan usaha kita untuk berubah dan berjaya. Kita ada Allah. Doa adalah senjata paling kuat orang mukmin. Angkat tangan dan doa. 

Nanti Allah bantu kita. 😘

#successstorytwb

KISAH  WANITA BERJAYA 3 : 

PUAN IZATY, 31 TAHUN



"Berhenti kerja untuk fokus menjaga anak yang eczema, setahun menganggur, kini mudahnya jana RM5000 sebulan dengan Mobile Spa "


Sy Izaty, graduate accounting di USIM . Dan pernah bekerja sbg exec account selama 2 tahun.

Then decide nak berhenti kerja selepas dapat anak yang pertama. Seronok kerja dulu,tapi selepas dapat baby anak saya baby eczema, jadi perlukan penjagaan rapi. Setahun saya menganggur sehingga anak pulih.

Then saya mencari satuu pekerjaan yang flexible,untuk saya bekerja dan jaga anak. Alhamdulilah saya jumpa mobile spa twb. Yang saya nampak career development die sangat menarik,bukan menjadi beautician semata-mata,its more than that.  


Dan yang best saya memerlukan dlm 1-3 jam sehari utk bekerja. Yang lain saya boleh fokus untuk anak-anak dan keluarga.

Saya join twb tahun 2016 lepas bersalin anak ke 2. Masa tu join twb pakej RM399 facial shj,tu pun belajar drpd video.

Masa tu duit takde langsung,sbb setahun mengnggur. Pinjam duit adik beradik dan suami. Alhamdulilah seminggu dpt pulang modal semula.

Lepas training terus saya applykan ilmu dan promote pada orang terdekat. Then nak upgrde pakej twb kene buat uv dan bayran. Masa tu sy 100% guna modal drpd biz.

Then dah tak rasa takut dan useless lagi sebab ilmu dalam twb sangat power. Saya bulldoze semua 6 penjuru income tu.

Masa sy mengandung anak ketiga saya tidak aktif spa sangat saya fokus cari orang join twb. Dapat 3 angka duit training untuk sorang, naik rank sen sv bonus dalam RM1500 keatas.

Tiada istilah nak rilex2. Selagi ada ruang nak jana duit,saya cari. Sekarang dah boleh buat fulltime spa target saya RM5k sebulan. 

KISAH  WANITA BERJAYA 4 : 

PUAN MILA




"Kehidupan kita akan jadi biasa-biasa sahaja, jika kita tak berusaha mengubahnya menjadi lebih luar biasa"


Serius mila tak tahan tengok ramai ahli TWB buat duit dengan spa.
Tapi 2 perkara yang tak meyakinkan mila pada masa itu :
1. Diri sendiri yang kurang minat tentang kecantikan.
2. Macamana nak attend customer spa dengan 2 orang anak.
Dan mila juga pernah berada dalam DENIAL MOOD
Mila selalu rasa cukup dengan apa yang ada. Sedangkan banyak lagi impian mila tak tercapai.
Mila tak percaya mila boleh berjaya. Cukup lah jadi biasa-biasa.
Tetapi, turning point mila apabila mila sedar. Untuk jadi biasa-biasa, kita perlu terima hakikat yang kehidupan kita akan biasa-biasa jelah sampai bila-bila.
Nak beri lebih kepada parents tak dapat. Setakat RM50,100,200 sebulan. Sedangkan mereka besarkan mila dari kecil sampai dewasa tak pernah berkira duit. 
Setakat RM100-200 apalah sangat dorang boleh buat. Mama mila pencen cikgu, papa mila tak berpendapatan sekarang (dulu nya bisnes sendiri)
Adik2 ada lagi masih belajar
.Impian mila sendiri, barulah mila sedar kita tak mampu capai jika kita nak teruskan hidup biasa tu. Perlu buat satu perubahan.
Jadi, November 2017. Mila taknak fikir banyak dah apa sahaja alasan mila. Mila nekad untuk hadir ke training spa TWB. Waktu tu sedang sarat mengandung anak kedua.
.Mila nampak TWB satu platform yang sangat mudah untuk berjaya dalam bisnes (dapat instant cash dengan sangat cepat). Dan, kita ada career development.
Bukan untuk target buat duit melalui servis sampai bila-bila. Yang mana memerlukan kita menggunakan tenaga setiap kali job spa.
.Tetapi kita boleh PLAN masa depan dengan lebih baik. Ada passive income, bonus statement yang penting untuk seorang surirumah untuk mula membina aset dsb. Semuanya mila dapat melalui TWB.
Tak ada, dan kalau ada pun tak banyak kursus spa lain yang offer Career Development seperti TWB. #successstorytwb

KISAH  WANITA BERJAYA 5 : 

PUAN LEANNA RAFIE, IBU TUNGGAL, 29 TAHUN



"Buang aura negatif! sesiapapun kita, dari mana pun kita, hanya diri kita yang mampu membentuk apa yang kita mahukan" 


Nama saya Lea. Umur 29 tahun. Saya duduk di Seremban Negeri Sembilan. Saya ada dua orang anak lelaki. Yang pertama 4 tahun. Yang kedua nak masuk 3 tahun.

Saya seorang ibu tunggal baru 2 tahun lepas. Lea masih bekerja as a Sales Marketing dan buat TWB ni part time insyaallah soon FULLTIME.

Lea join TWB baru je last month 1 August 2018. Lea memang minat sangat sangat bab bab kecantikan ni. Ada first Lea survey satu mobile spa ni dia downkan semangat sungguh. Dia kata modal product je dekat 50k. Product je ok bukannya siap course and training!!

Itu cerita modal, cerita pasal ibu ibu yang fikir anak tak ada siapa jaga. Macam mana nak buat?

Percaya atau tidak anak kita ni rezeki.

Ya Allah besar rezeki kita besarkan mereka ni. Macam Lea family Lea memang jenis yang tak suka kita tinggalkan cucu. Lea memang dah dididik dari awal macam tu. Anak Lea dua dua sekolah dari pagi sampai pukul 6. 

Lea tekad walhal yuran bulanan sekolah anak dua orang dekat RM800 every month tapi Lea tekad. Lea nak cari duit untuk besarkan mereka jadi biarkan mereka belajar dan berdikari kat sekolah. Dan pastikan mereka selesa!

Jadi appointment Lea kadang kadang memang ada bawa mereka. Awal awal dah bagitahu kat customer so far alhamdulillah diorang pun ada anak anak jadi main sama-sama. 

Hidup ini kita jangan terlalu fikir boleh ke mampu ke. Nanti susah, nanti siapa nak bantu, nanti siapa nak jaga! Masa tu tak tunggu kita taw "nanti" tu jadi sampai 10 tahun sudahnya jadi apa?

Lea pernah ye bawak anak anak sampai dua pagi mula mula appointment kat Seremban lepas tu Semenyih.. Lepastu Keramat ada tiga orang. Kawan kawan nak buat. Lea balik drive dekat 2 pagi. Tapi puas hati la sehari je RM4++ collection lagi pulak anak anak dapat upah dari customer 😂

Sekarang ni, waktu Lea memerlukan masa gawat belum gaji ni selalunya TWB la penyelamat buat Lea. Alhamdulillah Lea lebih terbuka minda sejak join TWB. Lea rasa TWB ni sangat boleh pergi jauh bukan sahaja dengan income spa semata. Kita ada 5 penjuru income yang lain. Lea nak pulun semua income 💪💪😍

Lea tak pernah rasa susah dengan dua kerja, kejar masa untuk anak anak.

Walaupun kadang kadang jadi singa 😂😂 Biar kita letih dengan ada income dari kita letih tak ada apa apa.

Alasan tak mampu, alasan tak boleh. Semuanya dari kita sendiri. Akal kita mengerakkan perjalanan kita. Insyaallah positif kan sekeliling kita insyaallah dipermudahkan. Buang aura negatif! Siapapun kita, dari mana pun kita, hanya diri kita yang mampu membentuk apa kita mahukan 💪💪😍

______________________

Dengan pelbagai suka duka kisah mereka di atas, mudah-mudahan ia menjadi aspirasi dan inspirasi kepada semua agar lebih berusaha mencipta kejayaan masing-masing.

kelak bonda kongsikan lagi lebih ramai ahli TWB yang konsisten jana income 4-5 ANGKA SETIAP BULAN hasil dari 6 penjuru income TWB. 

#successstorytwb

berminat mengapai kejayaan bersama kami? jom jadi TWB Beautician sekarang




Sebarang pertanyaan boleh terus contact bonda ye seperti nombor di bawah : 

SPA MOBILE CARA MUDAH JANA PENDAPATAN, BERBALOI & MUDAH!

Insyallah, semuanya dengan IzinNya

klik pada tajuk di bawah untuk lebih lagi info mengenai Kursus Mobile Spa TWB


 

No comments