Hidupku berubah 360 darjah

Semua orang melalui fasa-fasa putih dan hitam dalam kitaran hidup masing-masing. Begitulah juga diriku. Fasa yang aku lalui dahulu ada suka dan duka, ada penyesalan, ada kejayaan. Diriku dahulu adalah bukan diri yang sama kini.
 

Pengalamanku berbeza, jalan kehidupanku juga sangat berbeza. Aku baru tersedar daripada mimipi indah dalam tidur sangat-sangat lena.. 30 tahun lenaku dibuai mimpi

Inilah riwayat hidupku

Fasa Kanak-kanakku :
Aku dilahirkan dalam keluarga besar, 8 beradik kami semuanya.. aku melalui zaman kanak-kanak yang sangat indah.. segalanya indah..
Tak pernahku kisahkan masalah apa yang orang tuaku hadapi.
Fasa kanak-kanakku berjalan seperti biasa, bermula dari tadika hinggalah ke Sekolah Rendah. Zaman kanak-kanakku sangat cemerlang "aku rasa'..

Aku agak pandai dalam pelajaran.. tapi 'buta huruf' dalam membaca Quran. Itulah, selalu ponteng kelas Al-Quran dulu.

Bila Ummi tanya, 'Hai kenapa balik awal ni' simple sahaja jawapanku 'ustazah kata hari ni balik awal'..walhalnya aku tipu.. aku lari balik awal.. kelas mengaji dekat sahaja dengan rumah..aku buang beg aku dari tingkap, lepas tu bagitau ustazah 'ustazah, saya nak pergi tandas'.. yehaah.. aku lari baliklah.. nakalnya time tu... tak perlu ada geng pun, rasa nak balik, aku lari balik je.

Fasa Remajaku
Bila meningkat remaja, aku lalui zamanku seperti biasa.. aku bukan seorang yang liar.. jangan salah faham ye.. aku hanya seorang yang berpikiran terbuka.. aku tak terlibat dengan apa-apa masalah sosial. Tapi di sekolah, aku dan kawan-kawan lain dalam kelas kami antara pelajar yang pandai tapi nakal.

Denda : Kena rotan, kena jemur tengah panas, kena belajar tepi padang, berdiri atas kerusi, atas meja, semuanya pernah aku rasa.. hahahahah.. bestkan pengalaman tu... zaman remajaku yang sangat indah. Kelas paling baik di sekolah pun masih kena perhatian khas tuan pengetua.:D

Alhamdulillah aku memilih kawan-kawan yang baik dan rajin belajar.
Pelajaranku dari segi akademik memang baik. Setiap tahun, mesti akan naik pentas ambil hadiah pelajar terbaik disekolah.. seronok apabila dapat banggakan ibubapa kita.

Sebenarnya aku bukanlah seorang anak yang baik dari satu sisi lagi, dalam sehari mesti 5 kali aku berdosa pada ummi & walidku.. dosa tak sembahyang.. tapi masa itu, aku tak rasa apa-apapun.. jadi aku buat macam biasa sahaja. Kena tegurpun, macam daun keladi je, tak pernah lekat nasihat.

Aku seorang yang sangat kuat dengan pendirianku sendiri, tak pernah mengenal putus asa..Walid seorang bekas tentera yang sangat tegas.. begitulah aku sama macam walid, mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..zaman remajaku berlalu begitu sahaja...

Fasa Dewasaku
Aku membawa  diri seawal habis SPM, menyambung pelajaran ke peringkat diploma dan ijazah. aku berdikari.. oleh kerana jauh dari keluarga dan kurang didikan agama.. jadi aku terus menyambung mimpi indahku.

Menyesalnya kalau flash back zaman kanak-kanak dan remajaku.. dah la tak pandai membaca Quran.. apalagi pendidikan agamaku agak cetek. malunyaaa

Rakan serumahku adalah seorang muslim yang baik, tak tinggal sembahyang, kerap mengaji.. jika ada kesempatan, aku intai-intai dia, aku tanya sikit-sikit mana yang aku tak tahu. dia tak lokek ilmu :D

Aku kenal dan jumpa dengan pelbagai orang, yang baik dan yang liar.
Alhamdulillah sekali lagi, aku tahu jaga diriku. Jaga pelajaranku dengan baik. Kalau nakal sikit-sikit, itu biasalah..

Yess dulu-dulu aku mengaku dan perasan aku cantik.. hahaha..sampai ada beberapa orang yang offer aku kerja yang bukan-bukan..haaaa????  im not that type of girl.. please ye..

Aku bersyukur Allah melindungiku selalu.. cuma aku sahaja yang sedar, masih angkuh dengan Allah.

Fasa perubahan diriku bermula...
Aku dah lama sangat tidur lena, dekat 30 tahun baru tersedar.. duduk dalam alamku sendiri.. Satu sisiku sangat baik & cemerlang, satu sisi lagi aku berasa sangat kosong.. ya rohaniku sangat kosong.. aku angkuh. Siapalah yang mampu bimbingku?

Hatiku dah mula terbuka beberapa tahun sebelum ini, apabila lalu hadapan kedai tudung, aku dah mula jalan perlahan-lahan, supaya aku boleh tengok dari kaca luar.. :D kalau ada yang digantung diluar, aku mula sentuh sikit-sikit kain tu.. dulu aku elergi giler dengan tudung ni.. Pakai TUDUNG?? huhuhuhu

Pernah banyak kali aku belajar agama, tapi semuanya macam tak menjadi.. kejab je, lepas tu aku lupa.. kini semua yang lalu aku tinggalkan dengan lembaran putih yang baru.

Sebelum berkahwin, walid dah nasihatkan.. Aku perlu berubah, ingat tiap dosa suami pula akan tanggung.. aduh! sentap!

Perlahan-lahan aku berubah sikap, jadi lebih positif, kurang marah, kurangkan ego..lebihkan bersabar.. dulu kalau sikit-sikit silap je, aku dah jadi HULK!!

Terima kasih Walid, Ummi dan Suamiku sayang.. kalau tak paksa aku dulu, agaknya aku masih dibuai mimpi lagi sekarang..

Aku dipaksa & akhirnya aku rela.. 

Aku dipaksa pakai tudung, hahaha. memang waktu tu, aku elergi betul dengan tudung.. mulalah aku marah-marah, tak redha kena paksa... dah tu aku pakai juga.. haih...degil betul aku ni rupanya... aku pergi beli tudung jauh sampai ke jalan TAR.. jauh tuuu.. dari penang ke KL semata-mata nak cari tudung yang aku nak je.. Aku memang tak suka tudung!! alasan, out dated!.. tapi alhamdulillah sekarang tudung dah banyak yang sesuai dan menarik.. aku suka.. dah jumpa yang sesuai.. tak de la nampak terlalu kuno sangat.

Kena paksa cari baju elok sikit, asyik-asyik komplen je apa yang aku nak pakai.. memang agak bengang.. pergi kedai di Penang memang kurang sangat baju muslimah.. syukur sekarang baru naik pakaian yang sesuai di Malaysia.. sebelum ini, baju memang tak da pilihan.. Asyik-asyik baju kurung.. baju lain tak de ka?

Betullah, kalau kita hendakkan sesuatu kita takkan fokus pada masalah..Kita akan cuba selesaikan masalah.


Tapi jika kita tak sukakan ia, kita hanya akan nampak masalah, halangan dan kesukaran.

Bermula dari titik itu, aku belajar sembahyang.. jujurnya.. aku memang macam kanak-kanak baru nak sekolah.. dah tua baru nak belajar.. Tapi syukur, Allah berikan aku hidayah.. Syukur sangat.. aku mulakan sembahyang, walaupun kadang-kadang tak cukup 5 waktu.. Ustaz kata, buat je, lama2-lama akan jadi biasa.. jadi aku nekad, aku mesti buat.. 

Aku mulai dekatkan diri dengan aktiviti keagamaan, pasangkan quran ke selawat ke di komputer.. aku belajar perlahan-lahan.. blogwalking cari info agama tentang amalan-amalan yang baik dan motivasi.. yess aku lebih bersemangat!!
 
Nasihatku.. jangan hakimi orang lain dengan mudahnya.. kalau ada dikalangan kawan-kawan yang ada masalah, cubalah bimbing mereka, jangan sesekali sisihkan.. bimbinglah..

Terima kasih kawan-kawan dan keluarga.. kalau aku tak dibimbing, agaknya aku akan terus terlena lagi untuk 20 tahun seterusnya.

Patutlah ada saja dugaan yang datang yang membuat aku tersekat.. yelah dah aku berhutang banyak dengan ALLAH..

SEKARANG :

Sekarang aku dah mula melalui kehidupan sebagai muslim yang baik.. tambah-tambah sejak aku kenal dengan Group baruku, pada 3 Ogos 2013.. MFMS yang sangat happening..

Aku mencuba setiap Master Checklist yang penuh dengan amalan kerohanian, selawat, bersedekah/berzakat dan solat-solat sunat.. Beberapa tahun lalu, apa tu Solat Dhuha pun aku tak tahu.. sekarang dah boleh buat dengan konsistennya.. syukurnya... :D

Allah mengatur sesuatu yang baik buatku.. barulah aku sedar :D

Kalau ada masalah je, balik kepada doa.. hanya Allah yang tahu.. Agak-agak nak lebih lagi, call Ummi dan Walid, mohon restu ibubapa.:D

Aku lebih positif, tambah-tambah dikelilingi dengan kawan-kawan yang bercaj positif. 
Bukan bisnes yang aku tekankan, tapi amalan dan kebaikan yang kawan-kawan sentiasa kongsi buat aku lebih yakin untuk maju ke hadapan. 

Jangan salah faham, aku bukanlah seorang fanatik.. aku seorang biasa dan sehingga sekarang aku masih orang yang sama yang sentiasa ceria & sederhana... sekarang pun aku masih belajar :D

Hidup bertujuan mestilah hidup dengan bertuhan, ya lebih dekat denganNYA.. Ramai yang mencari rezeki, yess memang rezeki sangat penting.. untuk mengisi perut yang lapar.. untuk membayar semua bil yang datang setiap bulan.. 

Tapi jangan lupa, tiap yang datang itu, datangnya dari DIA.. dulu mungkin aku naif dari satu segi.. kini... semuanya dah berubah 360 darjah! 

Alhamdulillah, diriku dah terasa sangat tenang dan yakin.. tidak lagi kosong, kosong, kosong.. Bisnesku pun makin maju.. hari-hari ada je rezeki. tq Allah..

Aku minta lagi.. moga naik satu lagi angkanya. jadilah 5 angka ke 6 angka ke. kekeke.. dapatlah nanti aku hantarkan ummi dan walidku pergi Umrah.. Atau lagi baik kami sekeluarga pergi sama-sama.. bestnya...:D

Doakan daku ye semoga yang baik terus kekal bersama.. yang silam terus terkubur jauh .... hidupku kini dah berubah 360 darjah.. tidak lagi di 0 darjah yang naif.. 

Impianku mulai tercapai satu persatu.. indahnya...

Terima kasih semua yang bersamaku tanpa rasa jemu :D...

Nasihatku.. JANGAN TAKUT UNTUK BERUBAH.. 

Selamat Berjaya...


Moga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang lain. 

'Be simply healthy'
    Bonda Miza

Ingin dapatkan suplemen kesihatan Shaklee untuk seisi keluarga?
Ingin menjana pendapatan tambahan? 
(call/sms/whatsapp/telegram/line)


PERCUMA saya hadiahkan Ebook yang sarat dengan tip-tip perniagaan dan motivasi “Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja” 
Buku mengenai rahsia seorang engineer yang dalam tempoh 9 bulan sahaja mampu buat sales RM1JUTA
Sila download  dari link in'Sorry Boss!! saya terpaksa berhenti kerja..."

Lain-lain bahan bacaan berkaitan :
Jemput baca kebaikan OmegaGuard untuk ibu mengandung di sini
Jemput baca penjagaan selepas bersalin / berpantang selepas caesarean di sini
Jemput baca penjagaan selepas bersalin / berpantang secara tradisional di sini
Jemput baca Manfaat Susu Ibu di sini
Jemput baca kaedah penyimpanan susu ibu di sini
Dapatkan info set bersalin terbaik di sini
Tip atasi bengkak susu di sini
Tip meningkatkan kesuburan suami isteri di sini
Dapatkan maklumat kelebihan menjadi ahli di sini



















0 comments:

Post a Comment

ENTRY POPULAR

KENALI BONDA MIZA

KENALI BONDA MIZA
Salam, Saya Bonda Miza. Agak sibuk melayan 3 anak. Kami sekeluarga bahagia membantu ramai di luar sana menambah nilai kesihatan. Saya menyediakan panduan dan bimbingan kepada ramai wanita dan keluarga mencipta kehidupan yang lebih baik melalui perniagaan kesihatan yang bermula hanya dari rumah. Saya menjemput sesiapa jua yang ingin membina perniagaan kesihatan bersama-sama saya. Saya yakin dan percaya impian besar mampu merubah kehidupan kita kearah yang lebih baik. Langkah pertama kejayaan adalah bermula dari diri anda sendiri! Tiada yang mustahil, Selamat datang ke laman BondaMiza!

FOLLOW BONDA

TIP BUAT IBU HAMIL, BERSALIN & MENYUSU