Benarkah Shaklee Menyokong & Menyumbang kepada Yahudi Zionis Israel?

Assalamualaikum...

Cepat sungguh isu ini tersebar di internet .. heboh nak memboikot Shaklee kerana menyatakan Shaklee penyumbang kepada Yahudi Israel..

Herm.. Kalau betul Shaklee menyumbang kepada Yahudi Zionist Israel tu, awal-awal lagi saya pun tarik diri. Tak sanggup saya nak menjual barang dan kemudian keuntungannya diguna untuk membunuh dan memusnahkan saudara Islam kita di Palestine... Ya Allah, gusarnya hati kami.. 

Sebagai orang Islam, eloklah kita usul periksa sebelum percaya apa jua cerita yang tersebar, janganlah cepat melatah terus percaya 100% apa jua cerita di internet tu.. Tidak salah untuk berasa curiga, namun biarlah setiap kenyataan mempunyai bukti yang kukuh.

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan kebenarannya) supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Q.S. al-Hujurat: 6)

PERKAITAN ANTARA SHAKLEE DAN YAHUDI ISRAEL : 

Semua bermula dari laman web ini  (http://kenesethisrael.com). Pemilik laman ini mengajak ahlinya menghulurkan sumbangan ke tabung mereka, dan salah satunya adalah melalui pembelian produk Shaklee. Hasil belian tersebut kemudiannya akan disumbangkan kepada Keneseth Israel (KI). 

jika klik dari logo Shaklee di atas, kita akan disambungkan ke link di bawah iaitu, link laman web PENGEDAR BEBAS (SID) Shaklee itu sendiri dan BUKAN LAMAN WEB SHAKLEE yang sebenar.


APA ITU PENGEDAR BEBAS / SHAKLEE INDEPENDENCE DISTRIBUTOR (SID) ?

Kita kena tahu apa itu Pengedar bebas atau SID. 

SID adalah individu yang mendaftar sebagai ahli dengan Shaklee. Setiap ahli akan mendapat ID masing-masing dan layak membuat pembelian produk dan kemudiannya menjual produk tersebut kepada pelanggan. 

Dalam kes ini Keneseth Israel Conggragation (KI) merupakan salah satu ahli atau pengedar bebas yang maksudnya sama seperti saya dan ahli-ahli lain. Kami semua adalah SID.

Pengedar Bebas (SID) sebenarnya TIADA APA-APA KAITAN DENGAN SHAKLEE COPORATION. bukanlah pemilik Shaklee Corporation.

Pengedar Bebas / Shaklee Independence distributor  hanya menerima bonus hasil jualan dan bonus tersebut boleh digunakan atau disalurkan kepada sesiapapun jua yang  SID itu sendiri tentukan. Shaklee Coproration TIADA HAK untuk menyekatnya.

Sama seperti saya dan SID lain. Bonus tersebut boleh sahaja saya gunakan untuk berbelanja, berzakat dan menderma kepada anak-anak yatim dan untuk Palestine mahupun Syria. 

JAWAPAN KEPADA PERKAITAN SHAKLEE DENGAN YAHUDI ISRAEL
  
Baru-baru ini Shaklee Coproration Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini.  

Ini pula kenyataan tambahan pihak Shaklee. 

Akhir KI yang menyokong Israel dan menjadi Independent Distributor Shaklee telah pun menurunkan logo Shaklee daripada website nya yang telah bertahun-tahun ada di situ.







HUKUM MEMFITNAH DAN MENYEBARKAN FITNAH

Nasihat saya, Janganlah kita mudah percaya kepada cerita rekaan. Orang yang 'suka membawa mulut', memang suka mereka-reka serta menambah cerita buruk sehingga kisah yang pendek menjadi panjang.



Hari ini medan menabur fitnah terlalu banyak. Perkembangan teknologi, semakin mudah mengadakan berita palsu, fitnah dan celaan, cepat pula tu tersebar. 

Bagi penyebar fitnah sepatutnya perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulis, diucap dan disebar, bukannya menulis, bercakap dan menyebarkan berita mengikut sesedap hati tanpa di selidiki, kerana semua itu akan ditanya Allah.

Kesian kepada pelanggan dan pengguna lain yang terperdaya.. ada yang  sampai takut nak membeli, ada juga yang tak kurang mempengaruhi orang lain supaya turut tidak membeli / mengguna produk Shaklee.. tak kurang pula ada yang ambil kesempatan, siap pula promo produk dia sendiri.. 

Nasihat : Jika kurang jelas, selidik dahulu. Jika tidak tahu, tanyalah orang yang lebih arif. 

"Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan." (al-Isra:36)

ALLAHU ALAM

Bonda Miza

Sila-silalah like dan share, jika maklumat ini memberi manfaat kepada semua. 

Ingin dapatkan suplemen kesihatan untuk seisi keluarga?
Ingin menjana pendapatan tambahan? 
hubungi saya segera







0 comments:

Post a Comment

ENTRY POPULAR

TIP BUAT IBU HAMIL, BERSALIN & MENYUSU

FOLLOW BONDA

JEMPUT LIKE PAGE BONDA